FEP

Terdapat beberapa tempat di FEP yang saya sukai dan sering kunjungi. Salah satunya, ialah Budi Cafe. Ia adalah sebuah kafe kecil yang menjual snek seperti waffe, jagung rebus, dan kadang-kadang juga sarapan seperti nasi lemak bungkus dan soto. Terdapat beberapa meja kecil untuk pelajar duduk dan berehat sambil menikmati makanan mereka. Kafe ini sangat selesa untuk pelajar berehat dan menikmati makanan sebelum menunggu kelas bermula. 






Seterusnya, saya juga suka pergi ke Pusat Sumber FEP. Pusat ini sangat sesuai untuk pelajar membuat perbincangan atau study group. Terdapat beberapa buku dan novel yang disediakan untuk pelajar. Terdapat juga TV dan komputer yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Pelajar boleh belajar dengan tenang dan fokus, dan sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pelajar boleh mendapatkan bantuan di kaunter. 





Akhir sekali, tempat yang sering saya kunjungi adalah Dewan Kuliah. Saya sering ke dewan kuliah untuk kelas dan sesi pembelajaran. Saya suka kerana dewan kuliah dilengkapi projektor untuk memaparkan slide, papan putih, dan juga mikrofon untuk memudahkan sesi pembelajaran atau pembentangan. Kerusi yang disediakan juga selesa dan dilengkapi meja untuk pelajar meletak alat pembelajaran mereka. Suasana di dewan kuliah ini sangat selesa dan memudahkan pelajar untuk fokus kerana ia dilengkapi penghawa dingin dan lampu yang terang memastikan papan putih atau nota mudah dibaca.







Comments