Tentang Diri Saya
Hai! Assalamualaikum, nama saya Wirdani Binti Tajry, tapi semua orang panggil saya Wida atau Ida. Saya anak bongsu dari enam orang adik-beradik. Ayah saya seorang pegawai tentera dan emak saya seorang surirumah. Ayah saya memang jarang berada di rumah kerana sibuk dengan kerjanya, tetapi beliau seorang yang sporting dan bersahaja. Kadang-kadang ayah sering juga bertanyakan dan mengambil berat tentang kehidupan anak-anaknya. Ibu saya pula seorang yang rajin, dan penyabar. Memang jarang mahu melihat ibu saya marah. Ibu saya jenis tak kisah dan sokong sahaja semua anak-anaknya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Rembau yang terletak di Negeri Sembilan. Rembau, dulunya hanyalah sebuah pekan kecil yang tiada banyak tempat untuk dikunjungi. Tapi, sekarang Rembau sudah semakin maju. Kedai-kedai atau restoran seperti McDonald's , Zus Coffee dan MrDiy sudah mula dibuka di Rembau. Dulu kalau kami mahu ke restoran atau pasaraya kami slalu ke Seremban. Walaupun Rembau hanya sebuah pekan keci...